[et_pb_section fb_built=”1″ admin_label=”section”][et_pb_row make_fullwidth=”on” custom_padding_phone=”|-5px||-5px” admin_label=”row” custom_padding_last_edited=”on|phone”][et_pb_column type=”4_4″ parallax=”off” parallax_method=”on”][et_pb_text admin_label=”Text” header_font_size=”45px” header_font_size_phone=”33px” header_font_size_last_edited=”on|phone” text_font_size_phone=”16px” text_font_size_last_edited=”on|desktop” custom_margin_tablet=”|||20px” custom_margin_phone=”|5px||10px” custom_margin_last_edited=”on|phone” custom_padding=”|||” custom_padding_tablet=”|||” custom_padding_phone=”|||10px” custom_padding_last_edited=”on|tablet”]
Energy Bar – Perlukah Saya Memakannya
Energy Bar atau Snek Tenaga telah berada di pasaran semenjak tahun 80an lagi terutamanya di Negara Negara barat. Energy bar pertama diperkenalkan untuk Makanan Angkasawan (sama seperti minuman jenama Tang, bermula dari minuman untuk Angkasawan sebelum dikomersialkan).
Powerbar adalah snek tenaga yang pertama di pasaran komersial, pada tahun 1986. Tidak hairan Powerbar adalah antara jenama tersohor di dunia, sehinggakan jenama Powerbar sinonim apabila menggambarkan apa itu energy bar.
Di pasaran Malaysia, budaya memakan energy bar adalah budaya yang masih baru. Namun trend dilihat naik dengan perkembangan aktiviti aktiviti larian, ‘hiking’ dan cycling yang makin kerap dianjurkan setiap minggu
Perbezaan Energy Bar dan Drink
Perbezaan yang nyata, selain dari bentuk fizikal / cecair ialah kandungan kafein di dalam Energy Drink.
Adakah Energy Bar Untuk Saya
Kebanyakkan energy bar di pasaran pula menggunakan bahan bahan yang tinggi kandungan gula (fructose syrup) dan tidak mempunyai kandungan nutrient yang baik. Ini termasuk snek tenaga dari jenama jenama besar di pasaran dunia.
Tips untuk melihat samada energy bar itu adalah bagus untuk anda ialah dengan melihat label pemakanannya. Di dalam label produk, bahan yang di senaraikan dahulu ialah bahan yang paling banyak digunakan (mengikut berat bahan yang di gunakan).
Dan kebanyakkan energy bar akan senaraikan gula sebagai bahan pertama. Contoh seperti brown rice syrup (sirap beras perang). Ia kelihatan seperti sesuatu yang sihat tetapi faktanya ia adalah sirap gula yang tidak mempunyai apa apa nilai nutrisi.
Namun, kandungan gula sebegini ada kegunaannya, terutamanya untuk atlit yang sangat aktif (contoh – pelari ultra/marathon, hiker atau pengayuh basikal). Ia memberi suntikan tenaga yang cepat dan berkesan.
Atlit sebegini akan bijak mengatur strategi pemakanan untuk mengelakkan ‘sugar crash’ atau keadaan kerunduman gula.
Untuk orang awam, boleh bayangkan keadaan kita selepas makan tengah hari nasi kandar (nasi lebih, kari lebih, ayam + sotong). Terutamanya pada waktu bekerja, akan merasa amat mengantuk dan lesu beberapa ketika selepas makan. Keadaan ini yang atlit akan cuba elakkan apabila mengambil snek.
Sejak kebelakangan ini, trend makanan semula jadi (all natural), tinggi serat, organik dan tiada pengawet dan gula semulajadi telah meningkat selari dengan peningkatan kesedaran pengguna.
Gabungan bahan bahan dan gula semulajadi dari buah buahan seperti kurma adalah amat baik kerana ia tinggi kandungan serat dan nilai nutrisi dan ia mampu mengelak keadaan ‘sugar crash’.
Dengan itu, di pasaran telah ada snek tenaga yang hanya menggunakan bahan semulajadi. Dan ini adalah pertumbuhan yang amat amat baik kerana ia memberi pilihan kepada para pengguna untuk memilih yang terbaik untuk mereka.
Kesimpulan
Anda perlu melihat diri anda sendiri untuk strategi pemakanan energy bar ini.
Jika anda seorang yang sangat aktif, memerlukan kalori dan kandungan gula yang tinggi, penggunaan snek tenaga amat disyorkan.
Pada saya, saya lebih mngesyorkan pemakanan makanan semulajadi (real food) seperti oat, kurma, kacang, buah buahan.
Namun, kemudahan untuk membawa makanan seperti ini semasa aktiviti aktiviti ada hadnya disebabkan kesukaran dibawa bersama.
Oleh itu, berbalik kepada penggunaan snek tenaga. Betul, ia memudahkan pengguna untuk membawa makanan kemana mana sahaja. Bezanya, jadilah pengguna yang mempunyai cukup maklumat untuk menilai snek tenaga mana yang sesuai untuk diri sendiri.
Hutan Ration Powerfood adalah snek tenaga yang menggunakan bahan semulajadi tanpa pengawet dan gula proses. Bahan bahan yang digunakan disenaraikan di hadapan label pembungkusan kami sebagai komitment kami menawarkan bahan bahan semulajadi sahaja. Untuk senarai produk produk kam, boleh melawati www.hutanration.com kami di link.
JF
[/et_pb_text][/et_pb_column][/et_pb_row][/et_pb_section]