Hutan Ration Ladies Cycling Clinic with Didie Aziz
Tarikh : 9 October 2022
Tempat Cadangan : Megabike Denai Alam
Masa : 7:30am – 12:00 tengah hari
PENGENALAN
“Cycling clinic for women-beginner programme” merupakan aktiviti yang dikendalikan oleh satu kumpulan basikal yang dikenali sebagai ‘Allez Cycling Club’ berpusat di Putrajaya. Kumpulan basikal ini banyak menyumbang tenaga dalam memperkenalkan aktiviti berbasikal di kalangan wanita untuk kekal sihat.
Pada tahun 2019, beberapa programme telah di adakan di sekitar Putrajaya dan mendapat sambutan memberangsangkan di kalangan wanita yang ingin mengembalikan bentuk badan serta mengamalkan aktiviti bersukan yang berisiko rendah. Ini adalah kerana, golongan wanita berusia 40an ke atas yang mempelopori kebanyakan program sebegini.
Antara tujuan lain aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberi pengalaman kayuhan basikal secara berkumpulan mengikuti etika berbasikal yang selamat serta mempelajari teknik-teknik kayuhan basikal dengan betul.
RASIONAL
Adalah diharapkan aktiviti ini akan dapat membentuk persediaan dalaman peserta untuk terus mengekalkan aktiviti sukan berbasikal ini dari segi fizikal dan mental. Aktiviti ini juga akan melahirkan semangat kerjasama berkumpulan antara satu sama lain. Selain itu peserta akan berasa gembira dapat meluangkan masa serta mengeratkan hubungan sesama peserta dan mengenali antara satu sama lain. Aktiviti ini juga akan meningkatkan sifat berdikari dan keyakinan diri selain memperkukuhkan daya ketahanan diri dalam semua aspek.
PENGISIAN
Pengisian aktiviti ini adalah menjurus kepada aspek-aspek berikut :-
Pengenalan terhadap basikal dan penggunaan yang betul
Aspek keselamatan di dalam berbasikal
Kayuhan berkumpulan
Sesi soal jawab
PENGENDALIAN AKTIVITI
Aktiviti ini akan dikendalikan oleh Hutan Ration dan ahli daripada Megabike Denai Alam dan Ole’ Athletics bersama Medgel Athletics
KUMPULAN SASARAN
Terhad kepada 20-30 orang peserta pada satu sesi.
YURAN
Yuran dikenakan ialah RM50 untuk seorang peserta.
(yuran merangkumi goodie peserta termasuk baju full sublimation tee dan bag Hutan Ration, produk-produk, makan/minum dan juga kos penganjuran coaching clinic dan kayuhan berkumpulan sejauh 25km)
MAKAN DAN MINUM
Akan dikendalikan oleh urusetia
TENTATIF AKTIVITI
Tarikh / Masa Aktiviti
7.15 – 7.30 Pendaftaran
7.30 Berkumpul untuk taklimat pengenalan terhadap basikal dan komponen basikal dan keselamatan
8.00 Kayuhan berkumpulan – jarak 25km
9.45 Kayuhan tamat
10.00 Berkumpul untuk sesi ke dua:
– kaedah menukar tiub basikal
– pemakaian sukan yg sesuai bagi wanita
– soal jawab permasalahan wanita di dalam sukan berbasikal
12.00 Taklimat penutup dari urusetia
Reviews
There are no reviews yet.