HR Ladies Cycling Clinic Terengganu with Didie Aziz

RM 80.00

1 in stock

Ladies Cycling Clinic with Didie Aziz

Tarikh : 19 September 2020

Tempat : Hutan Ration, Kuala Terengganu

Masa : 7:30am – 12:00 tengah hari

 

PENGENALAN

“Cycling clinic for women-beginner programme” merupakan aktiviti yang dikendalikan oleh satu kumpulan basikal yang dikenali sebagai ‘Allez Cycling Club’ berpusat di Putrajaya. Kumpulan basikal ini banyak menyumbang tenaga dalam memperkenalkan aktiviti berbasikal di kalangan wanita untuk kekal sihat.

Pada tahun 2019, beberapa programme telah di adakan di sekitar Putrajaya dan mendapat sambutan memberangsangkan di kalangan wanita yang ingin mengembalikan bentuk badan serta mengamalkan aktiviti bersukan yang berisiko rendah. Ini adalah kerana, golongan wanita berusia 40an ke atas yang mempelopori kebanyakan program sebegini.

Antara tujuan lain aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberi pengalaman kayuhan basikal secara berkumpulan mengikuti etika berbasikal yang selamat serta mempelajari teknik-teknik kayuhan basikal dengan betul.

LATAR BELAKANG

Aktiviti ini diilhamkan oleh kaum wanita yang baru menceburi bidang sukan berbasikal ini dalam usaha untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat. Walaupun aktiviti ini mulanya terhad kepada kalangan penduduk setempat tetapi telah menarik minat para wanita dari pelbagai kawasan. Maka aktiviti ini telah menjadi titik permulaan ‘Ladies Cycling Clinic’. Aktiviti ini juga mendapat kerjasama daripada Rodalink Malaysia bagi aspek keselamatan dan barang kelengkapan berbasikal, pakar perunding nutrisi Pn Nourul Wahab Depp, Pusat kesihatan Peak Fitness bagi latihan fizikal, makanan tambahan dari Hutan Ration dan lain-lain.

RASIONAL

Adalah diharapkan aktiviti ini akan dapat membentuk persediaan dalaman peserta untuk terus mengekalkan aktiviti sukan berbasikal ini dari segi fizikal dan mental. Aktiviti ini juga akan melahirkan semangat kerjasama berkumpulan antara satu sama lain. Selain itu peserta akan berasa gembira dapat meluangkan masa serta mengeratkan hubungan sesama peserta dan mengenali antara satu sama lain. Aktiviti ini juga akan meningkatkan sifat berdikari dan keyakinan diri selain memperkukuhkan daya ketahanan diri dalam semua aspek.

PENGISIAN

Pengisian aktiviti ini adalah menjurus kepada aspek-aspek berikut :-

  1. Pengenalan terhadap basikal dan penggunaan yang betul
  2. Aspek keselamatan di dalam berbasikal
  3. Kayuhan berkumpulan
  4. Sesi soal jawab

 

PENGENDALIAN AKTIVITI

Aktiviti ini akan dikendalikan oleh Hutan Ration dan ahli daripada ‘Allez Cycling Club’ serta rakan usaha sama.

KUMPULAN SASARAN

Terhad kepada 30 orang peserta pada satu sesi.

 

YURAN

Yuran dikenakan ialah RM80.00 untuk seorang peserta.

(yuran merangkumi goodie peserta termasuk baju tee dan bag Hutan Ration, produk-produk, makan/minum dan juga kos penganjuran coaching clinic dan kayuhan berkumpulan sejauh 30km)

 

MAKAN DAN MINUM

Akan dikendalikan oleh urusetia

 

TENTATIF AKTIVITI

Tarikh / MasaAktiviti
7.15 – 7.30Pendaftaran
7.30Berkumpul untuk taklimat pengenalan terhadap basikal dan komponen basikal dan keselamatan
8.00Kayuhan berkumpulan – jarak 30km
9.45Kayuhan tamat
10.00Berkumpul untuk sesi ke dua:

– kaedah menukar tiub basikal

– pemakaian sukan yg sesuai bagi wanita

– soal jawab permasalahan wanita di dalam sukan berbasikal

12.00Taklimat penutup dari urusetia

 

CONTACT US

Marketing Office 
Phone: +603-61489648

Factory 
Phone: +609-6672359

Copyright © 2020  - HUTANRATION. All rights reserved.