Tips Nutrisi Ultra dan Marathon Runner

📌 Ini ialah kompilasi tips tips nutrisi (nutrition tips) untuk larian Ultra atau Marathon anda

📌 Ramai ultra runners mula menggunakan Hutan Ration energy bar sebagai sebahagian pemakanan strategik perlumbaan

📌 Kandungan kalori yang sesuai untuk strategi pemakanan dan juga kepadatan energy bar  dan profil rasa yang sedap menjadikan energy bar kami sebagai salah satu pilihan peminat sukan

📌 Tak kurang juga pihak kami menerima banyak pertanyaan dan soalan mengenai ration kami, dan ada yang bertanyakan perbezaan setiap jenis bar, fungsi setiap bar dan juga ‘timing’ untuk menggunakan ration kami.

📌 Oleh itu, kami sediakan ‘Quick Guide’ untuk anda yang peminat tegar larian jauh aka ‘Ultra Runners’. Quick Guide ini lebih kepada bagaimana hendak menggunakan energy bar untuk menambah baik prestasi anda di dalam perlumbaan

📌 Soalan : Boleh ke kalau kami yang tak lari jauh jauh ni ikut ‘Quick Guide’ tu?
Jawapan : Ya boleh. Konsep yang sama boleh di aplikasikan untuk mana mana aktiviti sukan yang extreme
Contoh : Half atau Full Marathon Runners, Trail Runners, Century Ride

📌Kami kemukakan Quick Guide produk kami untuk Ultra dan Marathon Runners.

📍 Sebagai permulaan, untuk produk Hutan Ration, kami cadangkan untuk anda mengambil ‘Ultra Pack’

📍 Dengan setiap Ultra Pack, anda dapat 10 bars seperti berikut:

 

📍 Kemudian, kita rancang strategi pemakanan sepanjang perlumbaan:

1. Kita boleh mula dengan Booster Bar – Espresso Cranberry Walnut, amat baik untuk tambahan boost tenaga semasa aktiviti.

  • Boleh makan sebelum atau semasa aktiviti.
  • Kafein kopi di dalam bar ini menyegarkan badan yang lesu dan membuat pemakan lebih fokus

 

2. Endurance Bar – Chia Cranberry Dark Cocoa, terbaik untuk makan sebelum larian.

  • Boleh makan sebelum atau semasa aktiviti.
  • Memastikan tenaga berpanjangan tanpa rasa berat badan sesudah makan.
  • Chia seed akan banyak membantu dari segi tenaga endurance untuk memulakan larian.

3. Recovery Bar – Sea Salt Almond Figs, antara bar yang pada pendapat kami amat penting sekali.

  • Amat baik untuk semasa atau selepas aktiviti.
  • Atau ketika hendak mengalami kekejangan otot
  • Kandungan elektrolit di dalam bar membantu menggantikan kehilangan elektrolit dari peluh

4. Pocket Rocket – bar kami yg mempunyai kalori tertinggi.

  • Boleh makan sebelum atau semasa aktiviti.
  • Antara bar yang paling popular dari segi taste profile
  • Boleh merancang untuk di makan pada masa selain dari masa yang di sebut di atas
  • Apabila on-trek, kebiasaannya perasaan mental amat mudah diganggu. Dari segi psikologinya, snek yang sedap dan berkalori tinggi amat membantu memulih tekanan mental semasa larian

@mayladsadiqin at the Penang Ultra Run

Tips Tips Nutrisi untuk Ultra Runners

1. Jangan sekali kali menggunakan sesuatu produk yang baru untuk di cuba pada beberapa hari sebelum perlumbaan. Badan anda mungkin akan menolak / memberi reaksi

  • Tips : Produk baru mesti di cuba pada masa sesi latihan beberapa minggu sebelum perlumbaan. Inilah masa untuk badan anda memberi tahu samada produk yang di cuba serasi dengan anda

2. Semasa larian, sediakan ‘timer’ untuk perancangan pemakanan. Kebiasaannya semasa larian kita mudah lupa kali terakhir kita memakan sesuatu dan cuma sedar apabila badan sudah terasa amat lesu.

  • Tips : Cuba untuk merancang makanan yang mengandungi 200-300 kalori setiap hidangan. Ini cukup untuk memberi tenaga semasa larian. Setiap Hutan Ration bar mengandungi antara 200-300 kalori

3. Cuba untuk makan makanan yang semulajadi aka Real Food untuk beberapa jam sebelum permulaan. Elakkan gel atau makanan proses sebelum perlumbaan.

  • Tips : Antara makanan terbaik ialah roti peanut butter, pisang, kopi, kacang. Makan seawal mungkin. Kurangkan makanan berprotin pada masa sebelum perlumbaan

4. Energy Gel amat berguna sebagai salah satu strategi pemakanan semasa perlumbaan. Jika tidak pernah makan energy gel semasa latihan, jangan sekali kali cuba untuk menggunakan energy gel semasa perlumbaan.

  • Tips : Energy gel membantu untuk memberi tenaga segera dan ia amat mudah di bawa semasa larian. Namun, jangan mengharapkan 100% dari strategi pemakanan anda hanya dengan menggunakan energy gel. Selang selikan dengan makanan dari energy bar atau real food

5. Bergantung pada jarak larian dan masa yang akan diambil, pastikan bekalan makanan yang cukup untuk larian. Jika larian melebihi 90 minit, jika tidak mengambil apa apa makanan berasaskan karbohidrat, badan akan mengambil lemak sebagai tenaga.

    • Tips :Adalah baik jika mengambil kalori yang cukup-cukup dan tidak melebihi keperluan larian. Walaupun di CP atau Water Station menghidangkan buffet ALL YOU CAN EAT, hanya ambil mana yang perlu sahaja

Subscribe To Our Newsletter And Automatically Be A Member

And Get Freebies, Discounts, Promos, Latest News and More

You have Successfully Subscribed!

Share This