Trend aktiviti berbasikal di Malaysia
Pada 19 September 2020, Hutan Ration telah menganjurkan “Ladies Cycling Clinic “ di Gong Badak, Terengganu. Seramai 30 peserta telah menyertai event ini. Trend aktiviti berbasikal dilihat menambat hati dan perhatian rakyat Malaysia.
Event ini bertujuan agar penunggang basikal mengikut etika berbasikal yang selamat serta mempelajari teknik-teknik kayuhan dengan betul . Jika dilakukan secara konsisten berat badan boleh turun cepat dengan diet pemakanan yang seimbang.
Kayuhan ini bermula daripada Kilang Hutan Ration Gong Badak sejauh 30km. Yang paling menarik adalah kesemuanya wanita dan newbie. Ini adalah satu trend dan budaya yang sihat untuk dikekalkan dalam kalangan wanita.
Hutan Ration telah menjemput “ Allez Cycling Club “ https://www.facebook.com/allezcyclingclub yang terdiri daripada Coach Didie Aziz bagi mengetuai kayuhan 30km ini bersama “Bujoe System” iaitu krew teknikal, 4 orang Marshall dan sebuah truck pickup. Lebih kurang 2 jam kayuhan, aktiviti diteruskan dengan sesi Nutrisi Pemakanan oleh Pakar Perunding Nutrisi Dr. Abbe San https://www.unisza.edu.my . Kelihatan para peserta terlalu excited bak kata pepatah gendang gendut tali kecapi, kanyang perut suka hati,mana taknya mereka dihidangkan sarapan pagi Granola varieties iaitu Pecan Gula Melaka, Honey Strawberry dan Bittersweet Choc Hazelnut.
Aktiviti diteruskan dengan sesi pemakaian sukan berbasikal yang sesuai bagi wanita dan cara menukar tiub basikal. Masing-masing mengambil peluang mempelajari dengan melakukan praktikal terhadap basikal mereka. Berbagai adengan lucu dapat ditontonkan.
Sebelum majlis berakhir, terdapat aktiviti lucky draw dan sesi bergambar sebagai kenangan bersama Hutan Ration.Selepas PKP aktiviti trend berbasikal semakin memberangsangkan serta terdapat beberapa permintaan dari serata negeri untuk Clinic Basikal ini dan kami masih dalam proses pembikinan pemilihan lokasi. So, stay tuned !
✔️ Untuk pembelian, boleh klik link di sini
?Hutan Ration Granola – Pecan Gula Melaka
?Hutan Ration Granola – Bittersweet Choc Hazelnut
?Hutan Ration Granola – Honey Strawberry